Kabinet letak jawatan – KJ

0
200

CYBERJAYA – Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar memaklumkan bahawa Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agong, hari ini.

Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), berkata demikian dalam satu mesej ringkas yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

“Terima kasih kerana telah memberi (saya) peluang untuk berbakti kepada negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” kata mesej tersebut, ringkas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here