Kabinet ‘recycle’ elak perubahan besar semasa tempoh kritikal- Najib

0
277
Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, barisan Kabinet ‘recycle’ dilakukan bagi mengelak perubahan besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini.

Itu pandangan bekas Perdana Menteri kenapa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong masih mengekalkan menteri dan timbalan menteri yang sama.

“Betul! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini.

“Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet recycle.

“Bagaimanapun, saya faham kenapa Perdana Menteri kesembilan dan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berikut.

“Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini “ katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Pun begitu kata Najib, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin. 

“Antaranya Luar Negara, Kesihatan, Pertahanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Komunikasi dan Multimedia, Wilayah Persekutuan, Tenaga dan Sumber Asli, Pembangunan Luar Bandar, Belia dan Sukan serta Usahawan dan Koperasi.

“Selain itu, menteri-menteri bagi agama, undang-undang dan Tugas-Tugas Khas Jabatan Perdana Menteri turut bertukar,” katanya.

Sementara itu katanya, beliau percaya bahawa dasar Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pengawalan Covid-19 juga akan berubah sebab ketua MKN telah bertukar.

“Dan jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangkan.

“Jadi, harapan saya satu sahaja. Kabinet hari ini Perlu berdasarkan hasil dan pencapaian.

“Perdana Menteri kesembilan akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covid, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here