Kabinet undur atas tangungjawab bersama bukan dasar kesalahan bersama-Takiyuddin

0
151
Datuk Seri Takiyuddin Hassan

CYBERJAYA – Pengunduran seluruh anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini dilakukan atas dasar tanggungjawab bersama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengunduran itu bukan atas dasar kesalahan bersama.

“Pengunduran atas ‘collective responsibility’ (tanggungjawab bersama), bukan ‘collective guilt’ (kesalahan bersama).

“Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat,” katanya menerusi ciapan  di Twitter hari ini.

Selain itu, Takiyuddin turut turut merakamkan ucapan terima kasih atas peluang menganggotai Kabinet dan menabur bakti sepanjang 17 bulan dilantik sebagai menteri.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamudin turut mengucapkan selamat tinggal di laman Twitternya.

“Adalah suatu kebangsaan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara tercinta dan rakyatnya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here