Kadar vaksinasi negara lepasi 24 juta dos

0
14

CYBERJAYA – Jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara sehingga semalam direkodkan sebanyak 425,698 dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 24,033,988 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian Twitter hari ini berkata, jumlah itu merangkumi 186,035 penerima dos pertama dan 239,663 penerima dos kedua.

Negeri Selangor merekodkan jumlah pemberian suntikan harian tertinggi melebihi 25,000 suntikan bagi dos pertama dan lebih 73,000 dos kedua.

Ia diikuti Kuala Lumpur, dengan lebih 4,000 dos pertama manakala dos kedua pula melibatkan angka lebih 39,000.

Secara keseluruhannya, 66.4 peratus atau kira-kira 15.5 juta penduduk negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 36.3 peratus penduduk, atau 8.4 juta penduduk sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here