Kain rentang desak Presiden UMNO letak jawatan digantung di Bagan Datuk

0
210
Kain rentang yang digantung di Bagan Datuk

BAGAN DATUK – Kain rentang provokasi yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan digantung di Bagan Datuk.


Kain rentang berkenaan yang digantung di persimpangan jalan dan juga hentian bas di sekitar Bagan Datuk itu disedari oleh orang awam pada pagi ini.


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk, Mohd Rizan Razali berkata, kain rentang tersebut dikesan digantung seawal jam 7.30 pagi di beberapa tempat sepanjang jalan dari Pekan Bagan Datuk hingga ke Hutan Melintang.


Mohd Rizan berkata, Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk telah digerakkan ke seluruh kawasan untuk menurunkan kain rentang provokasi berkenaan.


“Kita tidak pasti ini kerja siapa. Tindakan ini amat keterlaluan dan biadab yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.


“Kami Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk akan membuat laporan polis hari ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan tersebut,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.


Menurut Mohd Rizan,, setakat ini pihaknya tidak mengetahui motif tindakan menggantung kain rentang tersebut kerana hanya dibuat di Bagan Datuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here