Kanak-kanak viral video nasihat pakai mask meninggal dunia

0
1570
Gambar kenangan Aming bersama ibunya.

TAWAU – Seorang kanak-kanak yang pernah tular menerusi video-video nasihat di media sosial meninggal dunia awal pagi tadi.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad A,ing Salleh Abdullah, 8, atau dikenali sebagai Aming meninggal dunia pada jam 1.30 pagi tadi di kediamannya di Tawau selepas mengalami sesak nafas.

Ibu Aming, Santi Sabri berkata, Aming sebelumnya sihat tanpa sebarang penyakit. Malah kanak-kanak tersebut tidak dijangkiti Covid-19.

“Dia cuma makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka biasa-biasa saja sebab anak saya tak sakit,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Menurut Santi, sebelum kejadian Aming juga sempat mengangkat barang-barangnya, azan dan solat.

Malah lebih memilukan, katanya, Aming sempat berpesan kepadanya supaya menutup aurat agar bapanya tidak menanggung dosa.

Dalam pada itu, Santi berkata, jenazah Aming akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Titingan di sini.

Aming sebelum ini pernah mendapat sorotan warga net melalui video berunsur nasihat kepada orang ramai agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Malah salah satu videonya turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu masih menyandang jawatan Menteri Kanan Keselamatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here