Kedai permaidani, kosmetik antara 11 sektor dibenarkan dibuka dalam fasa 2 PPN esok

0
75

Halea Skin Care
Gambar arkeb. Pelanggan menggunakan produk Halea Skin Care

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi di dalam faasa dua berkuatkuasa esok.

Perdana Menteri berkata, kesemua 11 aktiviti ekonomi ini adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam fasa satu.

“Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan dan kedai permaidani.

“Turut dibenarkan beroperasi ialah kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain); kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi dan kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan 11 sektor ekonomi iaitu kedai cuci kereta, edai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan dibenarkan beroperasi dalam fasa satu PPN sekali gus turut dibenarkan di fasa seterusnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here