Kedutaan Iran di Kabul beroperasi seperti biasa

0
40
Kedutaan Iran di Kabul, Afghanistan.

KABUL – Kedutaan Iran di Kabul tidak akan ditutup dan kekal beroperasi seperti biasa.

Menurut Reuters, perkara itu diumumkan oleh jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh kepada agensi IRNA, hari ini.

“Kedutaan Republik Islam Iran di Kabul kekal beroperasi seperti biasa.

“Begitu juga dengan pejabat Konsulat Jeneral kita di Herat, ia beroperasi seperti biasa,” kata Saaed.

Iran yang berfahaman Syiah sering dianggap sebagai antara seteru utama pihak Taliban yang mengamalkan fahaman Sunni, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa anggota tinggi kerajaan dilaporkan kerap mengadakan pertemuan dengan pegawai polityik Taliban.

Semalam, Presiden Iran, Ebrahim Raisi berkata, kegagalan operasi ketenteraan blok Barat di Afghanistan bakal membuka peluang kepada perdamaian berkekalan di negara itu.

Sementara itu, pihak Taliban mengesahkan, kesemua pejuangnya diarahkan supaya berdisiplin dan tidak cuba memasuki mana-mana bangunan diplomatik, atau mengganggu kenderaan milik kedutaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here