Keluarga bangga dengan pencapaian Azizulhasni

0
21

DUNGUN – Ahli keluarga Dato Azizulhasni Awang tetap berbangga dengan pencapaian jaguh pelumba basikal trek negara yang berjaya menyumbang pingat perak kepada negara dalam temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad, 36, berkata, walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat emas, beliau percaya atlet kelahiran Dungun itu telah memberikan persembahan terbaik.

“Kami bangga dengan pencapaian Jijoe ( Azizulhasni). Malam tadi dia sempat menghubungi kami sekeluarga dan meminta kami sekeluarga berdoa untuk kejayaan pingat emas,” katanya.

Dalam perlumbaan final hari ini, Azizulhasni menduduki tempat kedua selepas tewas kepada pesaing dari Great Britain, Jason Kenny manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih gangsa.

Kejayaan itu menghadiahkan Malaysia pingat kedua selepas memenangi gangsa daripada beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Memetik laporan Kosmo Online! Mohd. Razman berkata, kejayaan perak itu juga menjadi hadiah kepada bapa Azizulhasni, Awang@ Muda Embong, 72, yang kini terlantar akibat strok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here