‘Kepada Allah berserah’ – Ismail Sabri

0
131
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berserah kepada Allah dalam menentukan segala yang terbaik untuk semua.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menjadi calon tunggal daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk diangkat sebagai Perdana Menteri yang baharu susulan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Kepada Allah kita berserah,” tulisnya ringkas dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Tumpuan seluruh negara kini ke arah bekas Timbalan Perdana Menteri era kerajaan PN itu selepas beliau menerima sokongan penuh daripada 114 ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap kesemua ahli Parlimen berkenaan untuk membuktikan sokongan majoriti kepada Ismail Sabri.

Sebanyak 10 parti politik termasuk dari Sabah dan Sarawak yang mempunyai jumlah ahli Parlimen berbeza tampil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Bagaimanapun keputusan ahli Parlimen mana yang akan diperkenan sebagai Perdana Menteri akan diputuskan oleh baginda sendiri berdasarkan peruntukan Perlembagaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here