Kerajaan akan runding dengan parti luar PN untuk jayakan usul undi percaya kepada PM

0
122
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membincangkan keadaan politik semasa negara.

CYBERJAYA- Kerajaan akan berunding dengan pimpinan parti-parti di luar Perikatan Nasional (PN) untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.


Perdana Menteri berkata, undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bi- partisan di Dewan Rakyat.


“Kerajaan yang akan wujud selepas usul undi percaya ini diluluskan adalah sebuah kerajaan yang lebih stabil dan inklusif.


“Stabil dengan dokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta inklusif dengan pengiktirafan kepada parti-parti pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang yang lebih efektif dan menyeluruh.


“Kestabilan politik adalah amat penting dalam kita memerangi pandemik dan memulihkan negara. Kita harus akur dan sedar, proses pemulihan negara ini bukan satu usaha perkara yang mudah.


“ Oleh itu, kita memerlukan sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak yang untuk memulih dan mengembalikan negara yang kita cintai ini kepada landasan pembangunan dan pertumbuhan yang sihat.


“Apabila kita tidak dapat menstabilkan politik negara untuk membantu proses pemulihan, yang menanggung sengsara dan beban ini adalah rakyat. Yang rugi adalah rakyat dan tanah air kita ini,” katanya dalam ucapan khas hari ini.


Menurut Muhyiddin, perkara itu hasil rundingan rakan-rakannya dalam Kabinet dan PN untuk membuat keputusan yang terbaik demi rakyat dan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here