Kerajaan Jepun dedahkan nama individu langgar perintah kawalan Covid-19

0
101
GAMBAR HIASAN

TOKYO – Kerajaan Jepun bertindak mendedahkan nama individu yang melanggar perintah kawalan penularan Covid-19 mulai semalam.

Menurut Reuters, tiga individu tersebut didapati dengan sengaja mengelak daripada bertemu pihak berkuasa sekembalinya mereka dari luar negara.

Pengumuman itu secara langsung mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna Twitter, terutamanya mengenai lokasi dan kerja ketiga-tiga individu tersebut.

Difahamkan, kerajaan Jepun sebelum ini telah memberi amaran bahawa nama individu yang melanggar perintah akan didedahkan kepada umum.

Kerajaan mewajibkan rakyat Jepun yang pulang dari luar negara supaya menjalani kuarantin di rumah dan melaporkan keadaan kesihatan mereka secara harian menerusi aplikasi mobil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here