Kerajaan UAE luluskan vaksin Sinopharm digunakan pada kanak-kanak

0
43
Vaksin Covid-19 keluaran firma China, Sinopharm.

DUBAI – Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) membenarkan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Sinopharm ke atas kanak-kanak berusia antara 3 hingga 17 tahun.

Menurut laporan The Gulf Times, perkara itu diumumkan menerusi satu ciapan menerusi akaun rasmi kerajaan, hari ini.

Keputusan itu diambil setelah pihak berkuasa menjalankan ujian klinikal dan penilaian, namun maklumat lanjut berkaitan tidak didedahkan.

UAE sebelum ini sudah mengedarkan vaksin keluaran Pfizer/BioNTech kepada golongan berumur 12 hingga 15 tahun.

Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 78.95 peratus penduduk UAE sudah menerima satu dos vaksin, manakala 70.57 peratus sudah menerima dos penuh.

Setakat semalam, negara Teluk itu melaporkan sebanyak 1,519 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan kepada 682,377 kes, dengan 1,951 kes kumulatif kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here