Kerani dirogol, diliwat selepas dibunuh

0
884
PDRM

NIBONG TEBAL – Mayat seorang wanita yang dipercayai dirogol dan diliwat ditemui di bawah katil di sebuah rumah di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi pada pukul 7.30 malam semalam.

Kejadian itu disedari rakan mangsa yang datang ke rumah teres dua tingkat untuk mencari wanita berusia 40 tahun itu kerana tidak hadir dalam satu pertemuan yang telah dijanjikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, ketika sampai di rumah mangsa, saksi mendakwa melihat seorang lelaki bermotosikal jenama keluar dari rumah mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang perabot di
Sungai Bakap.

“Saksi kemudian menghubungi kakak mangsa bagi memaklumkan perkara itu dan kakak mangsa telah menghubungi rakannya untuk memeriksa rumah adiknya.

“Ketika pemeriksaan dibuat, pintu rumah didapati terbuka sedikit, lalu rakan kakak mangsa menghubungi polis untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil daripada pemeriksaan itu, polis menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di bawah katil bilik bawah rumah berkenaan.

“Seorang jiran juga turut mendakwa melihat seorang lelaki keluar dari rumah itu dengan menunggang motosikal jenis SYM kira-kira pukul 4.30 petang semalam,” katanya.

Susulan kejadian itu, Chong Chern mengesahkan pihaknya telah menahan suspek berusia 29 tahun yang tinggal di tamam perumah yang sama untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan mendapati suspek mengambil dadah jenis syabu sebelum kejadian dan telah meminjam motosikal kawannya sebelum memecah masuk rumah mangsa.

Tambah beliau, suspek mengaku telah merogol dan meliwat mangsa selepas mangsa mati akibat tidak dapat bernafas setelah mulutnya disumbat seluar dalam.

Suspek turut menggeledah rumah mangsa dan mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan loket milik mangsa.

Beliau berkata, suspek mempunyai lima rekod lampau melibatkan dadah dan beberapa jenayah lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here