Kes baharu Covid-19 rekod angka tertinggi 2,948 kes

0
52

CYBERJAYA – Jumlah kes positif harian Covid-19 dalam negara terus mencatatkan angka tertinggi sejak penularannya apabila 22,948 kes dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,489,460.

“Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 7,175 diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), dan Kuala Lumpur (1,439).

“Sebanyak 1,271 kes pula direkodkan di Kelantan diikuti Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26), dan Labuan (9),” katanya menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitternya hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 22,242 kes baharu wabak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here