Kes baharu kembali meningkat

0
41

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 22,642 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik di dalam negara meningkat kepada 1,616,244 kes.

Negeri Selangor merekodkan bilangan kes harian tertinggi dengan 6,325 kes, diikuti Sabah dengan 3,224kes, dan Kedah dengan 2,279 kes.

WP Labuan, yang semalam diumumkan sebagai negeri pertama yang akan memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 mulai esok, mencatatkan pertambahan sebanyak 4 kes baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here