Kes Covid-19 terus menurun, 17,672 kes direkodkan hari ini

0
21
Statistik terkini kes Covid-19 negara.

CYBERJAYA – Kadar penularan Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes direkodkan.

Untuk rekod, kes harian positif yang direkodkan sehari sebelum ini adalah 19,807 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini berjumlah 1,572,765 kes.

Selangor kekal merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 4,316 kes diikuti Sabah (2,474) dan Kedah (1,602).

Beliau turut memaklumkan, jumlah kes aktif ketika ini adalah sebanyak 260,700 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,040 kes kini dirawat di unit rawatan rapi dan 502 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sejumlah 19,053 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,297,723 kes.

“Jumlah kumulatif kematian ketika ini adalah 14,342 kes selepas 174 kes kematian baharu dilaporkan hari ini,” katanya.

Daripada jumlah kematian itu, 21 kes merupakan kes kematian di luar hospital atau brought in dead (BID).

Jumlah kematian mengikut negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here