Kes jangkitan Covid-19 di China kembali kepada sifar

0
138
Pihak berkuasa kesihatan melaksanakan ujian saringan besar-besaran selepas penularan semula wabak itu pada Julai.

BEIJING- Pihak Berkuasa Kesihatan China hari ini mencatatkan sifar kes positif Covid-19 sejak penularan semula wabak itu sejak Julai lalu.

Sejak penularan itu, China merekodkan 1,200 kes jangkitan yang mula dikesan dalam kalangan pekerja lapangan terbang di bandar Nanjing.

Kluster berkenaan memaksa pihak berkuasa tempatan di seluruh negara mengenakan langkah pencegahan termasuk ujian saringan secara besar-besaran dan melakukan perintah kawalan pergerakan.

Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan pada gelombang sebelum ini yang kebanyakannya tertumpu di bandar Nanjing dan Yangzhou di wilayah Jiangsu.

Kes-kes tempatan baharu di negara ini turun kepada satu digit minggu lalu selepas naik mendadak pada awal Ogos.

Minggu lalu, Shanghai mengasingkan ratusan individu selepas dikesan menjadi kontak rapat kepada pekerja kargo di dua lapangan terbang yang telah mencetuskan kebimbangan.

Bandar metropolitan terbesar iaitu Shanghai tidak melaporkan jangkitan tempatan baharu sejak itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here