Kesal buat ‘mistake’, Shuib nasihat sediakan oximeter di rumah

0
798
Shuib di pusara isterinya, Siti Sarah Raisudin yang selamat dikebumikan petang tadi

CYBERJAYA – Pelawak terkenal, Shuib yang baru kehilangan isterinya, Siti Sarah Raisudin hari ini menasihatkan mereka yang dijangkiti Covid-19 menyimpan alat oximeter di rumah.

Beliau berkata, alat tersebut yang berfungsi untuk memeriksa paras oksigen di dalam badan sangat berguna untuk memastikan paras oksigen dalam badan tidak turun ke paras bahaya.

“Saya nak pesan, kalau siapa-siapa kena Covid-19, dengar cakap saya, saya bukan nak mengarah tapi saya buat ‘mistake’. Dekat setiap rumah kalau kena Covid-19 pastikan ada oxymeter. Oxymeter itu ialah alat untuk periksa paras oksigen dalam badan

“Make sure paras oksigen 96 ke atas apabila dia turun 95 atau 94 jangan tunggu lama-lama terus ke hospital. Jangan berlagak ‘terer’. Isteri saya ada satu hari dia cakap oksigen dalam badan jatuh ke paras 93 dan 94 tapi saya cakap insya-Allah tak ada apa-apa, akhirnya saya lambat bawa dia ke hospital.

Oximeter

“Jadi pastikan ada alat ini dalam rumah, kalau tak ada duit pinjamlah mana-mana, kalau oksigen jatuh saja terus pergi hospital,” katanya dalam siaran langsung melalui Insta Story hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Sungai Pusu, Gombak petang tadi selepas beberapa hari dirawat di hospital akibat dijangkiti Covid-19 peringkat kelima.

Dalam pada itu, Shuib juga memberi pesanan kepada semua supaya sentiasa berhati-hati dan tidak memandang mudah wabak penyakit berkenaan.

Katanya, apabila sudah dijangkiti Covid-19, tiada lagi istilah berpatah balik.

“Kalau dah kena, ‘no u-turn’. Kalau korang ada isteri, korang tak akan sanggup lalui macam ini,” katanya dalam nada sebak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here