Ketua-ketua parti politik tiba di Istana Negara

0
62

KUALA LUMPUR – Ketua-ketua parti politik mula tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Antara yang tiba paling awal tiba adalah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Presiden Warisan, Datuk Seri Ahmad Shafie Apdal.

Beberapa kenderaan yang tiba kemudian dipercayai membawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamed Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, beliau hadir ke Istana Negara bagi mewakili Presiden Pas.

“Saya membawa amanah Presiden dan oarti bagi mencadangkan pendirian parti menghadapi kemelut politik yang berlaku kini,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyeru kepada ahli dan penyokong Pas, untuk bertenang dan mendapatkan maklumat rasmi parti dari sumber sebenar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here