
CYBERJAYA – Selepas hampir seminggu ditidurkan kerana dijangkiti Covid-19 tahap lima, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir hari ini menghembuskan nafas yang terakhir.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah menerusi laman Facebook Parti Amanah sebentar tadi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” katanya.
Allahyarham Shazni dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lalu selepas disahkan dijangkiti Covid-19 tahap empat.
Seminggu kemudian Allahyarham terpaksa ditidurkan selepas tahap kesihatannya semakin merosot.-MT