Ketua Polis Negara tiba di Istana Negara

0
50
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di Istana Negara di sini hari ini pada pukul 11.15 pagi.

Difahamkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim turut dipercayai menyertai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Terdahulu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba kira-kira pukul 10.45 pagi.

Sementara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh tiba lebih awal kira-kira pukul 9.40 pagi menerusi Pintu 2 Istana Negara. 

Seterusnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas selesai mempengerusikan  mesyuarat Kabinet pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here