Khairy Jamaluddin minta maaf pada semua

0
1499
Khairy Jamaludin ketika hadir melihat perjalanan PICK

CYBERJAYA – Menteri Teknologi, Sains dan Inovas, Khairy Jamaluddin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya terdapat kekurangan sepanjang tempohnya berkhidmat terutamanya dalam mengendalikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 berkata demikian dalam satu video berbahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu.

Dalam video itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan PICK sejak dilancarkan kerajaan.

“Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” katanya.

Kemunculan Kairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dalam video tersebut dalam nada suara berbeza berbanding sebelum ini menimbulkan tanda tanya adakah kenyataan yang dibuat itu adalah sebagai menteri.

Lebih menguatkan telahan apabila isi kandungan ucapan tersebut lebih banyak mengulangi perkara sudah dilaporkan oleh media sebelum ini mengenai pelbagai isu berkaitan dengan PICK.

Terdahulu, seorang pemimpin parti Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan esok di Istana Negara.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet yang kehilangan jawatan masing-masing secara automatik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here