
CYBERJAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membalas email palsu berkaitan vaksinasi yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui [email protected]
KKM menerusi satu kenyataan di Facebooknya meminta orang ramai tidak membalas sebarang e-mel yang menggunakan [email protected] itu.
“Sekiranya anda menerima e-mel itu, anda dinasihatkan supaya tidak menjawabnya.
“Ini kerana dikhuatiri adalah spam atau penipuan,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, KKM menggesa orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dalam menjawab sebarang mesej yang diterima agar supaya tidak menjadi mangsa penipuan.