Kolej Antarabangsa Cyberlynx tawar biasiswa bidang Pengurusan Perniagaan

0
39
Kolej Antarabangsa Cyberlynx

CYBERJAYA – Kolej Antarabangsa Cyberlynx menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Menurut kolej tersebut dalam satu kenyataan, pihaknya menyasarkan bantuan biasiswa itu kepada pelajar yang tidak menepati syarat kelayakan ke peringkat diploma.

Katanya, syarat kelayakan untuk memohon adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimum satu kredit dan khusus untuk pelajar lepasan SPM 2020 dan 2019.

“Peluang menyambung pendidikan tinggi ke peringkat sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan menerusi Biasiswa Pengerusi Dato’ Seri Erwan Tahir.

“Biasiswa ini diperkenalkan selaras dengan misi Kolej Antarabangsa Cyberlynx sebagai pencetus transformasi komuniti menerusi pendidikan dan sukan.

“Golongan yang tidak menepati syarat kelayakan ke peringkat Diploma kini boleh mengambil nafas lega menerusi tawaran biasiswa ini untuk merealisasikan impian bergelar graduan institusi pengajian tinggi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pelajar yang berminat untuk boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi pautan https://forms.gle/JNmZxu31GYAsxuLA8.

Untuk maklumat lanjut, boleh juga menghubungi di talian 012-5037940.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here