Konsortium Sepang Berhad agih bantuan kepada golongan memerlukan di Sepang

0
96
Presiden Konsortium Sepang Berhad, Ahmad Mahadhir Shafirin Md. Som (tengah) menyerahkan bantuan kepada golongan memerlukan di daerah Sepang.

SEPANG – Konsortium Sepang Berhad mengagihkan lebih 3,000 pek bantuan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Sepang. 

Presiden Konsortium Sepang Berhad, Ahmad Mahadhir Shafirin Md. Som berkata, agihan bantuan itu telah diagihkan sejak sejak Februari lalu.

Beliau berkata, agihan itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya bagi membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya sedia maklum bahawa ketika pandemik melanda negara ketika ini ramai yang terkesan, ramai yang tidak dapat bekerja dan melakukan rutin harian mereka.

“Bagi meringankan beban golongan ini, Konsortium Sepang Berhad berasa terpanggil membantu menghulurkan bantuan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Agihan bantuan di daerah Sepang digerakkan sejak Februari lalu

Menurut Ahmad Mahadhir Shafirin, untuk menjayakan program CSR itu, Konsortium Sepang Berhad juga telah membelanjakan peruntukan sekitar RM150,000.

Sementara itu, wakil agihan barangan di kawasan Dengkil, Tie Soong Bing berkata, antara barangan yang diagihkan ialah beras, gula, susu, minyak masak dan banyak lagi.

Katanya, agihan yang diberikan adalah sama rata kepada golongan yang memerlurkan dan tidak mengira parti apa yang diwakili oleh penerima.

Tie Soong Bing menyerahkan bantuan kepada penerima di kawasan Dengkil

“Saya amat berterima kasih kepada Ahmad Mahadhir Shafirin kerana beliau begitu prihatin dengan golongan yang terkesan akibat Covid-19 ketika ini.

“Di Sepang saya rasa dia antara yang terawal berikan bantuan, terima kasih. Ramai datang jumpa saya untuk minta bantuan dan selepas itu saya berhubung dengan beliau.

“Saya sebagai wakil di kawasan Dengkil tidak memilih siapa untuk diberikan bantuan, saya berikan semua kepada Melayu, Cina, India dan juga Orang Asli,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here