KoPPIM wujudkan ruang pada ahli tambah ilmu

0
14

CYBERJAYA – Sebagai sebuah institusi yang bertanggung jawab membangunkan ekonomi orang Islam, antara matlamat penubuhan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) adalah memberi pendidikan pengurusan kewangan secukupnya khusus buat para ahlinya, dan orang ramai secara amnya.

Dalam program bicara santai bersama Ketua Pengarah Eksekutif KoPPIM, Syaraff al-Saddat malam tadi, beliau memaklumkan bahawa KoPPIM kini menyediakan peluang kepada orang ramai untuk mempelajari aspek pelaburan galian berharga, iaitu emas.

“Kita semua sedar dengan hanya makan gaji sahaja tidak banyak membantu kita untuk menguatkan kewangan kita.

“Bagaimanapun, pelaburan jika dimanfaatkan dengan bijak, boleh membantu kita menggandakan simpanan yang kita ada,” katanya, malam tadi.

Sistem matawang yang sedia ada kini, wang fiat, dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan fakta menunjukkan bahawa nilai RM10 kita gunakan sekarang, tidak sama dengan nilai RM10 pada 20 tahun lepas.

“Namun, bahan galian seperti emas, nilainya tidak dipengaruhi faktor seperti inflasi.

“Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa KoPPIM kini menyediakan peluang kepada orang ramai, dan para ahli secara khusus, ruang bagi mempelajari bagaimana untuk mengukuhkan kewangan peribadi kita menerusi pelaburan mineral ini,” katanya.

Dikenali sebagai CFGold Playbook, program ini memberikan pendidikan khusus kepada para pesertanya bagaimana ‘membaca’ pasaran galian ini, dan menggunakannya sebagai kelebihan kepada kita.

Bagi yang berminat, boleh mendaftarkan diri di sini dengan para ahli diberi tawaran istimewa berharga RM49.

Pada bukan ahli, harga yang ditawarkan adalah RM99.

“Ini merupakan antara usaha kami dalam membangunkan ekonomi orang Islam.

“Pembangunan yang kami sasarkan bukan terhad kepada pemilikan, pengoperasian sesuatu perniagan, tetapi pada masa yang sama membangunkan juga anggota masyarakat yang membentuk ummah,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here