Kuarantin pekerja warga negara dari Singapura ditentukan MKN

0
31
Datuk Ir Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Keputusan kerajaan negeri untuk membenarkan pekerja Malaysia di Singapura yang telah mendapat vaksin lengkap pulang tanpa perlu dikuarantin akan diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, sekiranya dibenarkan, pekerja Malaysia di Singapura yang pulang hanya perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Perkara ini sudah dibawa kepada kementerian terbabit dan setakat ini tiada sebarang bantahan.

“Kita hanya menunggu hitam putih (keputusan rasmi MKN) untuk membenarkan mereka kuarantin di rumah,” katanya memtik laporan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hopsital KPJ Abdul Samad di sini pada Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Pada bulan lalu wujud petisyen dalam talian iaitu https://www.change.org/p/majlis-keselamatan-negara-allow-malaysians-in-singapore-to-return-home-without-quarantine yang memohon supaya pekerja Malaysia di Singapura yang mahu pulang tidak dikenakan kuarantin.

Menurut mereka, ini kerana ketika ini kos kuarantin berjumlah RM10,000 bagi setiap individu menjadi kekangan kepada pekerja Malaysia untuk pulang dan kebanyakan mereka tidak pulang sejak lebih setahun lalu.

Ditanya mengenai jumlah mereka yang mahu pulang, Hasni berkata, setakat ini jumlah pekerja Malaysia di Singapura yang mahu pulang tidak seramai mereka yang mahu masuk ke republik itu untuk bekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here