Kumpulan terakhir Ahli Parlimen tiba di Istana Negara

0
52
Bas yang membawa Ahli Parlimen tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR- Kumpulan terakhir Ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara untuk mengesahkan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kumpulan terakhir dipercayai Ahli Parlimen MCA, MIC, PBS dan PBRS, menaiki sebuah bas dan beberapa buah kereta memasuki Pintu 2 Istana Negara pada pukul 2.25 petang.

Antara yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Sementara itu, sebuah lagi bas yang membawa kumpulan terakhir iaitu dari Pas pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Pada hari ini 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengesahkan sokongan masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here