Lajim Ukin selamat dikebumikan

0
42
Pengebumian Allahyarham Lajim Ukin di tanah perkubuhan Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

BEAUFORT – Jenazah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Kebatu, Beaufort pada pukul 1.50 petang ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Sabah pada pukul 6.23 pagi tadi akibat jangkitan Covid-19.

Pengebumian jenazah yang berusia 66 tahun itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) itu disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta berkenaan sejak 13 Ogos lalu.

Berita pemergian Lajim Ukin disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong yang menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan berita itu.

Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada 2008-2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009-2012.

Allahyarhamjuga pernah menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2013-2016 semasa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here