Laluan ke Parlimen tutup, Ahli Parlimen pembangkang pilih Dataran Merdeka untuk berkumpul

0
68
Laluan utama ke Parlimen ditutup hari ini susulan penangguhan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR- Laluan utama ke Parlimen ditutup selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan tersebut hari ini.

Laluan berkenaan dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), keadaan berkenaan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Parlimen.

Laluan berkenaan dihalang dengan penghadang jalan bagi mengelak orang ramai melaluinya susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan.

Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang cuba melalui laluan berkenaan diarahkan beredar oleh pihak polis.

Ketika ini Ahli Parlimen pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes selepas Dewa Rakyat ditangguh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here