Lantikan politik di GLC dan GLIC perlu berundur-Nik Nazmi

0
155
Nik Nazmi Nik Ahmad

CYBERJAYA – Individu yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi lantikan politik perlu meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mereka perlu berundur susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam.

Nik Nazmi berkata, tindakan berkenaan adalah perkara wajar dan terpuji yang perlu dilakukan selari dengan situasi semasa.

“Sebilanham besar GLC dan GLIC dikendalikan secara profesional dan gangguan apa pun mestilah minimum.

“Kerajaan baharu nanti harus berkomitmen untuk mengisi kedudukan ini secara profesional berdasarkan prestasi dan bukannya pertimbangan politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Semalam Perdana Menteri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri susulan telah hilang skongan majoriti untuk mentadbir negara.

Peletakan jawatan oleh Muhyiddin dan barisan jemaah menteri semalam telah diterima serta merta oleh Yang di-Pertuan Agong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here