Laporan Ahmad Sarji meninggal dunia tidak benar

0
139

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

CYBERJAYA – Anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bapanya yang tular di medial sosial akibat Covid-19.

Ariff Tuah Ahmad Sarji memaklumkan bapanya yang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras berada dalam keadaan stabil.

“Bagi pihak keluarga Tun Ahmad Sarji, saya sedar perkhabaran yang tular sekarang ini dan ingin mengatakan yang ia tidak benar.

“Dengan rendah hati, saya sekeluarga mohon orang ramai terus doakan Allah SWT menganugerahkan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan untuk ayah saya,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Ahmad Sarji yang menjadi Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos lalu.

Jumaat lalu, Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan Ahmad Sarji yang juga pengerusi persatuan itu dimasukkan ke wad ICU Covid-19 kerana komplikasi Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here