LCW yakin Azizulhasni bawa pulang emas di Olimpik 2024

0
30
Lee Chong Wei

CYBERJAYA – Legenda badminton Datuk Lee Chong Wei yakin jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akan meraih emas pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Chong Wei mengucapkan tahniah di atas kejayaan Azizulhasni menghadiahkan pingat perak kepada negara.

“Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutanmu. Bersorak satu Malaysia pabila kamu menerjah untuk mendapatkan perak. Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan.

“Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak you dah ada. I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Chong Wei turut bersenda dengan Azizulhasni dengan bertanyakan rahsia awet muda atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Chong Wei berkata, walaupun Azizulhasni sama usia dengan pelumba Great Britain, Jason Kenny, dia kelihatan jauh lebih muda.

“Bro, u sama umur ngan Jason Kenny tu. Tapi kenapa u nampak jauh lagi muda. Apa ramuan bro?,” selorohnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here