Lebih 100 peratus penduduk dewasa di Lembah Klang terima 1 dos vaksin

0
29
Sebahagian pekerja asing beratur untuk menerima suntikan vaksin di PPV KLCC. – MT/Farid Janudin

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di Lembah Klang terus meningkat apabila jumlah penerima dos pertama bagi populasi dewasa kini sudah melebihi 100 peratus sehingga semalam.

Menerusi Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sejumlah 101.1 peratus atau 6,229,542 populasi dewasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut JKJAV, kadar pemberian vaksin melebihi 100 peratus kerana data jumlah populasi sedia ada belum mengambil kira perubahan saiz penduduk selepas bancian terakhir, selain vaksinasi kepada penduduk tanpa dokumen.

Data terkini kadar pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara

Sementara itu, Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam berkata, lonjakan ketara jumlah penerima vaksin di Lembah Klang adalah hasil Operasi Lonjakan Kapasiti.

“Secara rasmi kita telah melepasi jumlah pemberian vaksin kepada populasi penduduk dewasa iaitu 101.1 peratus di Lembah Klang.

“Ini adalah hasil daripada Operasi Lonjakan Kapasiti dan vaksinasi pekerja asing, di samping pemberian vaksin secara terus atau ‘walk-in.

“Diharapkan lebih banyak kesan positif dapat dilihat bermula bulan depan,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter miliknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here