Lebih 1,200 terbunuh dalam gempa bumi di Haiti

0
17
Gempa bumi yang mengorbankan lebih 1,290 rakyat Haiti.

PORT AU PRINCE – Kira-kira 1,300 orang maut manakala lebih 6,000 cedera dalam gempa bumi berukuran 7.2 skala ricther berpusat di Les Cayes, kira-kira 160 kilometer dari barat ibu negara, kelmarin.

Pihak berkuasa tempatan semalam melaporkan sekurang-kurang 1,054 maut di bahagian selatan negara itu, 119 di Grand’Anse, 122 di Nippes dan 2 di wilayah barat daya.

Gempa bumi yang berlaku dalam kebimbangan ribut siklon tropika Grace itu turut memusnahkan 13,694 kediaman dan merosakkan 13,785 bangunan kerajaan.

Berbelas ribu kediaman musnah akibat gempa bumi yang melanda Haiti kelmarin.

CNN melaporkan, bencana yang berlaku pada pukul 8.30 waktu tempatan dengan keluasan radius gegaran 10 kilometer itu meletakkan negara itu dalam situasi darurat khususnya dalam keperluan bekalan ubat-ubatan, anggota penyelamat dan fasiliti kesihatan.

Perdana Menteri, Ariel Henry berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan mengeluarkan mangsa yang memerlukan rawatan dari kawasan bencana.

Malapetaka terbaharu itu dijangka akan memburukkan lagi urusan pentadbiran kerajaan Haiti dalam kekalutan usaha membendung Covid-19 dan ketidakstabilan politik ekoran pembunuhan Presiden, Jovenel Moise pada bulan lalu.

Gegaran yang berlaku pada Sabtu lalu itu terletak kira-kira 96 kilometer dari pusat gempa tahun 2010 yang mengorbankan 220,000 nyawa di negara itu.

Penduduk yang terjejas menunggu bantuan kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here