Lebih 21.6 juta dos vaksin diberikan setakat hari ini

0
5
Antara penerima vaksin COVID-19 menerima suntikan vaksin sempena Program Vaksinasi Bergerak Wilayah Prihatin di PPR Perkasa, Jalan Cochrane. Foto / FaridJanudin

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 21.6 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Isnin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14.4 juta orang menerima suntikan dos pertama manakala 7.1 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 44.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan pada Isnin dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama manakala 245,047 lagi adalah dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here