Lebih 28 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat Isnin

0
10

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Sebanyak 28,312,631 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,252,314 orang manakala 11,060,317 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 52.8 peratus daripada jumlah populasi negara telah mendapat dos pertama manakala 33.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos diberikan semalam dengan 175,874 adalah dos pertama manakala 325,902 adalah dos kedua.

Tiga negeri mencatatkan jumlah terbesar iaitu Lembah Klang, Sarawak dan diikuti Johor dengan iaitu sebanyak 4,246,315, 1,664,749 dan 794,195 bagi dos kedua manakala 6,508,470. 1,822,036, serta 1,658,080 bagi dos pertama.

Negeri lain pula mencatatkan jumlah 651,616 (Sabah), 393,669 (Pahang), 369,533 (Kelantan), 674,718 (Perak), 525,078 (Negeri Sembilan), 489,987 (Kedah), 521,268 (Pulau Pinang), 293,319 (Terengganu), dan 61,188 (Labuan) bagi dos kedua.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan seratus peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka melengkapkan dos vaksin Covid-19 , pada Oktober ini berikutan sasaran pencapaian program vaksinasi negara dipercepatkan.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here