Lebih 50 peratus penduduk Malaysia terima vaksin dos pertama

0
8

CYBERJAYA – Peratusan penduduk dewasa di negara ini yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 kini melebihi 50 peratus.

Manakala individu yang sudah melengkapkan suntikan dos kedua pula setakat semalam mencapai jumlah 9.51 juta orang bersamaan dengan 40.7 peratus.

Statistik terkini itu dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui ciapan Twitternya pagi ini.

Setakat semalam juga, Selangor mencatatkan pemberian ‘dos kedua’ harian tertinggi dengan lebih 84,912, diikuti Kuala Lumpur (44,613), Johor (32,405), Sabah (19,914), Sarawak (16,340) dan Pulau Pinang (12,942).

Bagi suntikan dos pertama pula, Sabah merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu 30,026 dos, diikuti Johor (29,166) dan Kedah (27,324).

Pertambahan jumlah vaksin harian tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara adalah lebih 25.86 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here