Lebih separuh kluster baharu berpunca daripada tempat kerja

0
25
DR. NOOR HISHAM.

CYBERJAYA – Lebih separuh daripada kluster baharu yang direkodkan pada hari ini merupakan kluster tempat kerja.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, secara keseluruhannya, sebanyak 36 kluster baharu dikesan di seluruh negara pada hari ini.

“Daripada 36 kluster baharu, sebanyak 19 kluster merupakan kluster yang berasal daripada tempat kerja,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, ketika ini terdapat sebanyak 1,232 kluster dengan kes aktif di seluruh negara.

Terdahulu, sebanyak sebanyak 17,236 kes positif baharu direkodkan pada hari ini, dan daripada jumlah itu 29 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 15,187 kes sembuh dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih daripada Covid-19 kepada 1,041,585 kes.

Ketika ini, masih terdapat sebanyak 227,230 kes yang masih aktif, dengan 1,095 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 579 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 212 kematian dilaporkan di seluruh negara pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di dalam negara meingkat kepada 10,961 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here