
TOKYO – Seorang lelaki ditahan malam tadi setelah menikam 10 penumpang sebuah kereta api.
Menurut The Guardian, kejadian itu berlaku di stesen Seijogakuan-Mae, Tokyo.
Kata pihak berkuasa, 9 daripada mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut, manakala seorang lagi dibenarkan pulang.
Suspek kejadian yang buat masa ini belum dikenal pasti, dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian .
Namun, dia kemudiannya berjaya diberkas setelah cuba bersembunyi dalam sebuah kedai serbaneka.