Lembah Klang beralih ke fasa seterusnya?

0
29
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ‘bayangan’ Lembah Klang akan beralih kepada fasa seterusnya selepas kadar vaksinasinya sudah melebihi 80 peratus setakat ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut berbangga dengan dengan semua orang yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi atas dan pencapaian yang luar biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here