Lengkap vaksin, tiada lagi had individu dalam kenderaan di negeri Fasa 1 PPN

0
624
Gambar Arkeb.

CYBERJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi mereka yang sudah lengkap divaksin di negeri di bawah fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan semalam, bilangan adalah berdasarkan kapasiti penuh penumpang, dengan syarat sudah divaksin penuh.

Menurutnya, bagi mereka yang belum lengkap divaksin, SOP lama masih terpakai, iaitu had dua orang dari isi rumah sama untuk keluar mendapatkan barangan asas, serta had tiga orang jika salah seorangnya merupakan pesakit yang perlu diiring bagi mendapatkan rawatan atau untuk kes kecemasan.

Berdasarkan syarat yang dikeluarkan oleh MKN, individu itu dianggap sudah divaksin penuh dua minggu selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Bagi penerima vaksin dos tunggal seperti Johnson & Johnson dan CanSino mereka perlu menunggu selama 28 hari.

Pada masa ini, negeri yang masih dalam fasa satu PPN adalah Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here