Lukaku ‘kembali’ ke Chelsea

0
48

LONDON – Penyerang Belgium, Romelu Lukaku awal hari ini melakukan kepulangan sensasi ke Chelsea selepas 8 tahun meninggalkan kelab itu.

Menurut portal Dailymail, harga perpindahan penyerang berusia 28 tahun dari kelab Serie A, Inter Milan itu adalah sebanyak £98 juta (RM574.95 juta).

Difahamkan, Lukaku ditawarkan kontrak selama 5 tahun, akan menerima gaji mingguan sekurang-kurangnya sebanyak £200,000 (RM1.17 juta) selepas cukai.

“Saya amat gembira dapat kembali semula ke kelab ini.

“Ketika saya tiba di sini (pada 2011), saya hanyalah seorang budak muda yang mahu belajar banyak perkara.

“Kini, saya kembali sebagai pemain yang mempunyai lebih pengalaman dan lebih matang,” kata penyerang kebangsaan Belgium itu kepada portal kelab Chelsea, awal pagi tadi.

Lukaku, menyertai Chelsea pada tahun 2011, namun kemudiannya dilepaskan ke kelab Everton pada 2014 pada harga £28 juta (RM163.81 juta).

Pada 2017, Lukaku kemudiannya menyertai kelab Manchester United dengan harga perpindahan bernilai menghampiri £90 juta (RM526.55 juta).

Beliau kemudiannya bertukar angin dengan berpindah ke liga Itali, Serie A pada 2019 dengan menyertai kelab Inter Milan pada harga €80 juta (RM397.75 juta).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here