Majlis angkat sumpah menteri berlangsung esok

0
18
Gambar Fail Istana Negara

CYBERJAYA – Majlis mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang esok.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama 69 menteri dan timbalan yang dilantik selepas peralihan jawatan Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Turut dijangka hadir menyaksikan istiadat itu adalah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pengumuman anggota Kabinet baharu itu diumumkan Ismail Sabri pada 27 Ogos lalu.

Dalam pengumuman pelantikan yang dilihat banyak mengekalkan muka-muka lama dari Kabinet zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, Ismail Sabri mahu semua kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tepoh 100 hari.

Senarai menteri dan timbalan mentei di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here