Majlis Presiden tolak PRU, ulangi pendirian sokong Anwar sebagai PM

0
639
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari pintu 2 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini foto/FaridJanudin

CYBERJAYA- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.


Majlis Presiden berkata, PH juga tidak bersetuju untuk sebarang pilihan raya umum diadakan terutama ketika pandemik memuncak.


Menurut Majlis Presiden,  perlu diingatkan bahawa penggal terakhir Parlimen ke-14 hanya akan tamat pada 16 Julai 2023.

 “Oleh itu, Majlis Presiden menjemput semua Ahli Parlimen yang menentang dan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bersama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen.


“Demi masa depan rakyat dan negara, semua pihak yang menentang Muhyiddin perlu bersama di meja rundingan sekarang untuk membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti dilayani secara adil.


“Oleh itu, amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah Kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang undi percaya terhadap Perdana Menteri nanti,” katanya Majlis Presiden dalam satu kenyataan hari ini.


Selain itu katanya, Majlis Presiden mendakea Muhyiddin ketika ini enggan  meletakkan jawatan walaupun tidak mendapat sokongan majoriti.


“Setakat ini umum sedia maklum hanya 100 Ahli Parlimen menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan 120 Ahli Parlimen tidak menyokong, namun beliau enggan meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here