Makan di restoran secara dine-in dibenarkan

0
107
Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan orang ramai yang sudah lengkap suntikan vaksin di negeri yang memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk makan secara dine-in di restoran dan premis makanan berkuatkuasa Selasa ini (10 Ogos).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu diberikan kepada penerima vaksin yang telah melepasi tempoh 14 hari bagi vaksin satu dos dan 28 hari bagi vaksin dos tunggal.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in.

“Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sebagai bukti lengkap vaksinasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas (Kemudahan-Kemudahan Bagi Individu Yang Telah Menerima Vaksinasi Lengkap) secara maya hari ini.

Muhyiddin berkata, kebenaran dine-in bagaimanapun perlu diterima dengan tanggungjawab induvidu kerana aktiviti itu tetap berisiko menjadi punca penularan Covid-19 kerana melibatkan jarak fizikal dan memerlukan orang ramai membuka pelitup muka.

Dalam perutusan itu, Muhyiddin mengumumkan pelbagai kelonggaran kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi dan melepasi kriteria ditetapkan.

Katanya, kriteria paling utama adalah melepasi tempoh 14 hari bagi vaksin dua dos suntikan iaitu Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac).

Manakala bagi vaksin (Johnson & Johnson dan CanSino), penerima perlu melepasi tempoh 28 hari sebelum layak menerima kelonggaran diumumkan kerajaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here