Makluman kedudukan Muhyiddin pada Isnin?

0
53
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA-  Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu makluman penting pada Isnin ini.


Menurut laporan Berita Harian, pengumuman itu berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Berita mengenai perkara berkenaan dimaklumkan oleh pegawai kanan kepada dua menteri ketika dihubungi Berita Harian.


Menurut pegawai berkenaan, makluman oleh Perdana Menteri itu dijangka dibuat pada tengah hari, sebaik beliau selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Katanya, pagi Isnin, Muhyiddin dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang serta pegawai kanan kerajaan. 

“Ya, dijangka Isnin ada pengumuman. Mungkin tengah hari,” katanya.

Selesai pertemuan itu, Muhyiddin seterusnya dijangka mengadakan mesyuarat ringkas bersama anggota Kabinetnya. 

Difahamkan hari ini, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN), UMNO serta beberapa menteri di kediamannya.

Semalam, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran Perdana Menteri itu ditolak majoriti Ahli Parlimen pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here