Malakat Mall Masjid Tanah kembali beroperasi

0
27
Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Malakat Mall Masjid Tanah kembali beroperasi hari ini setelah terpaksa ditutup selama 10 hari berikutan kewujudan kes Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

Menurut Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Khairel Imran Mohd. Khalid, pihaknya telah menerima surat kebenaran beroperasi semula daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

“Alhamdulillah, kita tekah terima notis kebenaran beroperasi semula,” kata Khairel Imran dalam satu siaran langsung yang disiarkan di Facebook rasmi Malakat mall Masjid Tanah, tadi.

Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan segala arahan yang ditetapkan oleh pihak jabatan termasuk menjalankan ujian palitan terhadap semua kakitangan, dan operasi sanitasi menyeluruh.

“Ini menunjukkan kita serius untuk patuh pada arahan dan patuh kepada semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Apa yang berlaku sekatrang ini di seluruh negara tidak dapat dielakkan, tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat juga buka perniagaan kita kembali,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here