Malaysia terus berjuang dapatkan semula pingat yang dirampas daripada Ziyad

0
156
Muhammad Ziyad Zolkefli

CYBERJAYA – Kontinjen Malaysia di Tokyo akan terus berjuang bagi memastikan pingat emas yang dirampas secara tidak adil daripada atlet lompat peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sebentar tadi dikembalikan semula.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, rayuan dan bantahan oleh Malaysia itu akan turut disokong oleh Australia dan Equador walaupun atlet daripada kedua-dua negara itu gagal memenangi sebarang pingat dalam acara itu.

“Sehingga kini, keputusan pertandingan Shot Put yang melibatkan Ziyad adalah seperti yang tertera dalam keputusan yang dibuat oleh pengadil pertandingan di mana mereka telah menerima bantahan yang dibuat oleh Ukraine dan membatalkan penyertaan Ziyad dan dua atlit Australia dan Equador tersebut.

“Atlet Ukraine dianggap sebagai pemenang pingat emas walaubagaimanapun, peraturan pertandingan membenarkan rayuan dibuat oleh negara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

“Malaysia dengan sokongan padu Australia dan Equador telah mengemukakan rayuan bersama dengan beberapa justifikasi yang dirasakan sepatutnya bantahan awal Ukraine tidak perlu dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, juri rayuan akan mengadakan perbincangan bersama bukti-bukti yang lain seperti rakaman video, masa bantahan dibuat dan sebagainya.

Katanya, keputusan tersebut akan dipaparkan dalam lama sesawang rasmi Tokyo Paralimpik 2020.

Beliau berkata, sekiranya keputusan tersebut tidak memihak kepada Malaysia, Australia dan Equador, kontinjen Malaysia akan memfailkan rayuan dalam mesyuarat CDM yang dijadualkan esok pagi.

“Sementara itu, keputusan pertandingan kekal seperti asal dan difahamkan bahawa majlis penyampaian hadiah turut ditangguhkan sehingga keputusan muktamad mengenai rayuan tersebut diputuskan,” katanya.-MT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here